BERITA SEMASA

Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 magnitud melanda Selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 2 petang tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), pusat gempa dikesan pada koordinat 0.6 darjah Selatan dan 99.2 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

Gempa itu berlaku pada jarak kira-kira 81 kilometer utara dari Siberut, Indonesia.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button