Amaran ribut petir di Sabah hingga petang ini
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Sabah sehingga jam 3 petang, hari ini.
METMalaysia berkata, kawasan terjejas merangkumi Tawau, Kinabatangan dan Sandakan.
“Amaran berkenaan dikeluarkan susulan petunjuk berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi tempoh sejam.
“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca semasa yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















