BERITA SEMASA

Ribut tropika bawa angin kencang, hujan lebat dikesan hampiri perairan Malaysia – MET Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut tropika susulan pengesanan sistem cuaca itu di perairan berhampiran negara, awal pagi ini.

Ia dijangka membawa hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

Menurut MET Malaysia, ribut tropika tersebut dikesan berada pada latitud 3.6° Utara dan longitud 99.9° Timur dan kini bergerak ke arah Timur Tenggara dengan kelajuan sekitar 24 km/j.

Sistem berkenaan turut berpotensi menghasilkan kelajuan angin maksimum sehingga 56 km/j, sekali gus meningkatkan risiko cuaca buruk di kawasan terlibat.

“Keadaan ini dijangka mencetuskan episod hujan lebat monsun Timur Laut (MTL) yang boleh menjejaskan aktiviti laut dan darat, termasuk sektor perikanan, pengangkutan serta kawasan rendah yang berisiko banjir kilat.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca terkini,” kata kenyataan tersebut.

Agensi itu turut mengingatkan bahawa pemantauan rapi sedang dijalankan bagi menilai perubahan arah dan intensiti ribut tropika tersebut dari semasa ke semasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button