BERITA SEMASA
MET Malaysia alami gangguan teknikal komputer utama
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengalami gangguan teknikal pada sistem komputer utamanya sejak awal pagi tadi, sekali gus bertindak mengaktifkan Pelan Kesinambungan Perniagaan (BCP).
Dalam satu kenyataan ringkas, agensi itu berkata, pengaktifan BCP dilakukan berkuatkuasa pukul 2.45 pagi, hari ini.
“Gangguan membabitkan sistem komputer utama menyebabkan akses kepada sebahagian capaian produk cuaca dan gempa mengalami masalah.
“Pihak kami sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan bagi menyelesaikan isu ini dengan kadar segera,” kata MET Malaysia.
Menurut agensi itu lagi, perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Pusat Komunikasi Krisis (PKK).
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







