BERITA SEMASA

Amaran hujan lebat kategori bahaya melanda lima negeri hingga esok

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat kategori bahaya yang dijangka berterusan di beberapa daerah di lima negeri termasuk Putrajaya sehingga esok.

MetMalaysia berkata, daerah terlibat termasuk Kemaman di Terengganu; Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang; Klang, Kuala Langat dan Sepang di Selangor; serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.

“Hujan berterusan pada tahap buruk turut dijangka berlaku di beberapa daerah di lapan negeri iaitu Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Antara daerah terlibat di Perak ialah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; manakala di Terengganu ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Di Pahang, daerah terlibat termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin; Selangor pula membabitkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Negeri Sembilan mencatatkan Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin; manakala Johor pula Tangkak, Segamat dan Muar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan kategori waspada sehingga esok bagi beberapa daerah di Kedah, Perak dan Johor serta seluruh Pulau Pinang dan Kelantan.

“Daerah terlibat termasuk Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar di Perak; manakala Batu Pahat, Kluang dan Mersing di Johor,” katanya lagi.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada, mengelak aktiviti luar yang berisiko dan mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan diri dan keluarga.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button