Tendang muka anak murid, bekas guru KAFA didenda RM2,000
KUALA KRAI – Seorang bekas guru kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini kerana menendang muka seorang anak muridnya pada 2024.
Laporan Kosmo menyebut, tertuduh, Abdullah Mustakim, 33, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki dengan cara menendang muka menggunakan kaki kanan, di sebuah sekolah rendah di Kuala Krai sekitar 2.30 petang, pada 23 Oktober 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mazlinda Mohd Nor, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Farazaliza Fauzi.
Berdasakan fakta kes, sekitar 5.15 petang pada 23 Okt 2024, mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun memaklumkan kepada ibunya bahawa telah dipukul dengan cara ditendang oleh tertuduh pada bahagian muka ketika kelas KAFA sehingga mengalami kecederaan pada bahagian gusi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







