JENAYAH & MAHKAMAH

Bekas pembantu khas Teresa Kok didakwa esok

KUALA LUMPUR – Bekas pembantu khas kepada Teresa Kok dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini esok, berhubung kes rasuah membabitkan projek mesra rakyat.

Menurut sumber, lelaki terbabit dijadualkan didakwa kira-kira pukul 8.30 pagi.

Laporan media sebelum ini menyebut, dua individu termasuk bekas pembantu khas Ahli Parlimen Seputeh itu direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000.

Wang itu dipercayai sebagai balasan membantu meluluskan dana projek mesra rakyat.

Laporan itu yang memetik sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira pukul 9.30 malam, 5 Mac tahun lalu ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.

Menurutnya, mereka disyaki melakukan perbuatan berkenaan pada 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Projek itu dipercayai membabitkan pembekalan interactive smart board kepada beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button