JENAYAH & MAHKAMAH

Peguam mohon Syed Saddiq dipenjara atau denda sahaja, tanpa sebatan

KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikenakan hukuman ringan dalam bentuk penjara atau denda sahaja.

Peguam, Haijan Omar yang mewakili Syed Saddiq memohon perkara itu, tanpa menyebut mengenai peruntukan hukuman sebatan.

Haijan berkata, bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu menyesal, akur dan muhasabah diri di atas keputusan berkenaan.

“Syed Saddiq tidak memperoleh keuntungan daripada pertuduhan yang dikenakan terhadapnya,” katanya ketika sesi mitigasi di hadapan Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid, hari ini.

Peguam itu mengajukan permohonan demikian selepas mahkamah mendapati Syed Saddiq bersalah atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button