LUAR NEGARA

Perbicaraan ‘jenayah terhadap kemanusiaan’ Duterte bermula November ini

THE HAGUE – Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, akan menghadapi perbicaraan jenayah terhadap kemanusiaan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bermula 30 November ini.

Keputusan itu disampaikan Hakim Joanna Korner yang mempengerusikan kes itu, hari ini lapor AFP.

Korner bagaimanapun mengarahkan penilaian lanjut dibuat terhadap tahap kesihatan Duterte untuk dibicarakan sebelum prosiding bermula.

Duterte berdepan tiga pertuduhan jenayah terhadap kemanusiaan, dengan pihak pihak pendakwaan mendakwanya terbabit sekurang-kurangnya 76 kes pembunuhan antara 2013 hingga 2018 ketika melaksanakan apa yang digelarnya sebagai ‘perang terhadap dadah’ di Filipina.

Bekas pemimpin berusia 81 tahun itu akan menjadi bekas ketua negara Asia pertama dibicarakan di ICC bagi jenayah paling serius di dunia seperti jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Pendakwa raya sebelum ini memohon tarikh 30 November sebagai permulaan perbicaraan dan menjangka akan memanggil antara 60 hingga 70 saksi sepanjang prosiding.

Duterte sebelum ini disahkan layak menghadiri prosiding awal yang mengesahkan pertuduhan terhadapnya, namun beliau tidak hadir secara fizikal kerana pasukan pembelaan mendakwa beliau tidak cukup cergas dari segi mental untuk mengikuti prosiding.

Duterte juga dilihat tidak mungkin akan hadir secara fizikal di mahkamah yang berpangkalan di The Hague itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button