
5 stesen aras air di Selangor lepasi paras bahaya
KUALA LUMPUR – Lima stesen aras air di tiga daerah di Selangor direkodkan melepasi paras bahaya pagi ini susulan hujan lebat dan ribut petir berterusan sejak awal pagi.
Menurut kemas kini Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor setakat jam 7.15 pagi, stesen yang melepasi paras bahaya ialah Pintu Air Rimba KDR di Sabak Bernam; Batu 12, Batu 15 serta Siren Batu 12 Kampung Sungai Serai di Hulu Langat; dan Jenderam Hilir di Sepang.
Dua lokasi iaitu Batu 12 dan Jenderam Hilir turut menunjukkan trend peningkatan paras air.
Sementara itu, dua stesen di Hulu Langat melepasi paras amaran, iaitu Pekan Bangi Lama yang mencatat trend menaik, serta Batu 12 Sungai Serai Bung Toi (F2).
Tujuh lagi stesen mencatat paras berjaga-jaga termasuk Pintu Air Ijok di Kuala Selangor; Bukit Changgang di Kuala Langat; Bandar Klang dan Taman Desa Kemuning di Klang; selain Kampung Pasir, Pekan Kajang serta Kampung Lembah Jaya Utara di Ampang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 9 pagi.
Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa daripada pihak berkuasa bagi mengelakkan risiko keselamatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








