BERITA SEMASA
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak hingga tengah hari – MET Malaysia
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Sarawak hingga pukul 12 tengah hari ini.
“Kawasan terbabit ialah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Pusa dan Betong, serta Mukah membabitkan Tanjung Manis, Daro dan Matu,” kata MET Malaysia dalam hantaran di Facebook.
Menurutnya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu lagi.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















