BERITA SEMASA
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa Sarawak
KUALA LUMPUR – Fenomena ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak sehingga jam 1 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di media sosial memaklumkan kawasan yang diramal terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Mukah (meliputi Dalat dan Mukah) serta Bintulu (Tatau dan Bintulu).
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dan menunjukkan hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam.
Penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca, mengelakkan berada di kawasan terbuka serta mengikuti perkembangan semasa cuaca melalui saluran rasmi MetMalaysia.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







