BERITA SEMASA

Sarawak raih Anugerah Inisiatif Kelestarian Terbaik Destinasi di Stella Awards 2026

KUCHING – Pendekatan Sarawak dalam mewujudkan impak jangka panjang menerusi acara perniagaan sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila negeri itu dinobatkan sebagai Inisiatif Kelestarian Terbaik (Destinasi) pada Meetings & Conventions Asia Stella Awards 2026.

Penganugerahan buat kali kedua selepas kejayaan pada 2024 itu mengukuhkan pendekatan legacy impact sebagai antara teras pembangunan destinasi perniagaan yang mampan di negeri berkenaan.

Pengiktirafan pada tahun ini turut membawa makna tersendiri apabila pemenang ditentukan menerusi pencalonan dan undian awam, mencerminkan sokongan masyarakat terhadap usaha mewujudkan impak bermakna yang melangkaui industri acara perniagaan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kemenangan kali kedua itu membuktikan kepentingan kelestarian dan legacy dalam strategi acara perniagaan serta agenda pembangunan negeri.

“Kelestarian mesti melangkaui aspek alam sekitar untuk merangkumi kemajuan sosial dan ekonomi, manakala legacy memastikan nilai yang diwujudkan menerusi acara perniagaan dapat terus dirasai selepas sesuatu acara berakhir,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagi Sarawak, pendekatan yang memberi tumpuan kepada bagaimana acara perniagaan boleh dirancang untuk menghasilkan manfaat yang berterusan selepas sesuatu acara berakhir, turut merangkumi pembangunan ekonomi, kemajuan sosial dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Inisiatif berkenaan turut diselaraskan dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030 serta Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG), dengan usaha menghubungkan acara perniagaan kepada hasil yang memberi manfaat kepada ekonomi dan komuniti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button