BERITA SEMASA

Amaran ribut petir, hujan lebat di 7 negeri hingga 1 petang – MET Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang disertai hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia serta Sabah sehingga pukul 1 petang ini.

MET Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, antara kawasan yang berisiko terjejas di Kedah ialah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, selain keseluruhan Pulau Pinang.

Di Perak pula, amaran melibatkan kawasan Seberang Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Pahang, daerah Raub dan Bentong dijangka mengalami keadaan cuaca tidak menentu.

Menurut MET Malaysia, hujan juga diramal meliputi seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sementara di Negeri Sembilan, kawasan terlibat termasuk Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

Keadaan cuaca sama turut dijangka berlaku di Sabah khususnya di kawasan Pantai Barat melibatkan Ranau dan Kota Belud selain Sandakan meliputi Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan serta kawasan Kudat.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button