‘Belum mengundi BN-PN dah mula gaduh’ – Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan pertelingkahan terbuka antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai petanda awal kerjasama antara kedua-dua gabungan itu tidak kukuh.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, walaupun BN dan PN dilihat cuba menampilkan persefahaman politik, hubungan antara kedua-duanya sudah mula menunjukkan keretakan.
“Hahaha… belum lagi hari mengundi, BN dan PN dah mula bergaduh.
“Baru BN PN nak tunjuk persefahaman, dah nampak retaknya. Kalau sekarang pun dah berperang mulut, macam mana mereka nak urus negeri?” katanya.
Mohamad yang juga dikenali sebagai Bang Mat berkata, rakyat Negeri Sembilan wajar memilih kerajaan yang telah terbukti mampu mentadbir dengan stabil.
“Orang Nogori, pilihlah yang dah terbukti stabil. Kekal HARAPAN. Pilih Kestabilan,” katanya.
Dalam hantaran sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada penduduk Senaling yang hadir dan meluangkan masa bertemu beliau pada program kempen yang berlangsung malam Ahad.
“Terima kasih Orang Senaling yang sudi jumpa Bang Mat malam tadi,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








