BERITA SEMASA

Bekalan beras tempatan masih ada gangguan

KUALA LUMPUR – Bekalan beras tempatan masih mengalami gangguan bekalan.

Menurut Kosmo Online, perkara itu diakui sendiri oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, permasalahan itu sudah semakin berkurangan dan pihaknya sedang berusaha memastikan bekalan beras tempatan mencukupi.

“Masih ada (gangguan), tetapi reda sekarang tapi masih (ada) lagi… Kita sedang usaha cukupkan, yang tuai baru ini masih dalam proses pengilangan. Jadi sekarang baru reda.

“Reda (isu) beras, ayam, telur, (nanti) mari bawang pula. Beras kita hanya 65 peratus, kita tidak cukup 35 peratus maka sentiasa ada perkara-perkara itu.

“Beras tempatan jadi rebutan sebab harga beras import mahal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Projek Kebuniti oleh Kelab Kebun Rumah Pangsa AU2 di Taman Keramat dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita mengenai dakwaan berlaku gangguan bekalan beras tempatan di pasaran ketika ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button