Mohamad Sabu galak rakyat bercucuk tanam, jimat belanja dapur
KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menggalakkan rakyat memulakan aktiviti pertanian secara kecil-kecilan di rumah sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan dapur sekaligus memperkukuh keterjaminan makanan negara.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, beliau yang lebih mesra disapa Bang Mat berkongsi kejayaan menanam bawang ros merah di belakang rumahnya yang tumbuh subur dan menghijau.
Menurutnya, walaupun ditanam dalam skala kecil untuk kegunaan sendiri, hasil tanaman tersebut sudah mampu membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian.
“Tanam sikit-sikit untuk guna sendiri pun dah boleh jimat belanja dapur.
“Kalau ada lebih, boleh bagi jiran rasa sama. Rezeki ni lagi berkat bila kita kongsi,” katanya.
Beliau turut menyarankan mereka yang berminat supaya tidak ragu-ragu untuk bermula secara kecil-kecilan sebelum memperluaskan tanaman sebagai sumber pendapatan tambahan sekiranya hasilnya memberangsangkan.
“Kalau tak pasti cara tanam, baja atau nak tahu macam mana kawal penyakit, boleh hubungi Jabatan Pertanian.
“Mereka memang sedia bantu dan tunjuk ajar. Yang penting kita mula!” katanya.
Perkongsian itu turut menarik perhatian netizen.
“He who walks the talk,” komen Nooriah Saleh.
“Pimpinan melalui teladan. Terbaik Abe Mat,” tulis Abe Din Ibrahim pula.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







