Serpihan peluru berpandu Houthi cederakan penduduk Arab Saudi
RIYADH – Seorang penduduk cedera selepas terkena serpihan peluru berpandu balistik dilancarkan kumpulan Houthi yang berjaya dipintas di Ahad Rafidah.
Serpihan daripada peluru berpandu berkenaan dilaporkan jatuh di kawasan penempatan selepas ia dipintas ketika menuju ke sasaran.
Insiden itu menyebabkan seorang penduduk mengalami kecederaan, manakala pihak berkuasa dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan serta mengawal kawasan terbabit.
Serangan berkenaan dipercayai sebahagian daripada tindakan kumpulan Houthi yang berulang kali melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah wilayah Arab Saudi.
Pihak berkuasa Saudi sebelum ini beberapa kali memaklumkan bahawa sistem pertahanan udaranya berjaya memintas ancaman peluru berpandu dan dron yang dilancarkan dari Yaman.
Kumpulan Houthi menguasai sebahagian besar wilayah utara Yaman termasuk ibu negara Sanaa dan mempunyai sejarah konflik berpanjangan dengan pakatan diketuai Arab Saudi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








