LUAR NEGARA

Israel sasar istana presiden dalam serangan terbaharu ke atas Sana’a

LONDON – Rejim zionis semalam melancarkan serangan ke atas ibu negara Yaman, Sana’a yang menyasarkan istana presiden, kompleks ketenteraan, sebuah depot minyak dan stesen janakuasa.

Laporan BBC yang memetik kenyataan jurucakap puak Houthi berkata, empat individu terbunuh manakala 67 lagi cedera dalam serangan tersebut.

Difahamkan, serangan itu sebagai tindak balas rejim zionis terhadap serangan peluru berpandu membawa peledak berantai dilancarkan Yaman, Jumaat lalu.

Sementara itu, tentera rejim Israel dilaporkan sedang menyiasat mengapa sistem pertahanan udara miliknya gagal memintas peluru berpandu yang dilancarkan Yaman.

israel
Gambar dikongsikan media tempatan Israel menunjukkan Netanyahu berada di pusat kawalan di Tel Aviv.

Operasi serangan balas di Sana’a itu diketuai oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel Katz, dengan kerajaan Israel turut menyiarkan sekeping gambar menunjukkan Netanyahu berada di pusat kawalan di Tel Aviv.

“Kami akan menyerang sesiapa sahaja yang menyerang kami. Kami juga akan menyerang sesiapa sahaja yang merancang untuk menyerang. Saya percaya seluruh rantau ini sedang mempelajari kekuatan dan ketegasan Israel,” kata Perdana Menteri selepas itu, lapor media tempatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button