BERITA SEMASA

Padang Terap catat gelombang haba tahap 2

KUALA LUMPUR – Cuaca panas semakin memuncak apabila daerah Padang Terap di Kedah merekodkan gelombang haba tahap 2 setakat pukul 4 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan, selain Padang Terap, sebanyak 10 kawasan lain di Semenanjung berada pada tahap 1 (berjaga-jaga).

Ia melibatkan seluruh negeri Perlis; daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Pendang, Baling dan Bandar Baharu di Kedah; serta daerah Timur Laut di Pulau Pinang.

Menurut agensi itu, tahap berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Tahap gelombang haba pula melibatkan suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius bagi tempoh yang sama.

Orang ramai disaran merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button