BERITA SEMASA

Gempa bumi Sumatera: Ramai pengguna media sosial kongsi terasa gegaran di Semenanjung

KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana yang berlaku di utama Sumatera pada pukul 4.57 petang tadi turut dirasai gegarannya di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia.

Melalui status yang dimuat naik Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) di Facebook, ramai yang berkongsi mengenai perkara itu.

Antaranya termasuklah di Langkawi dan Kulim, Kedah; Perai, Juru, Georgetown dan sekitar daerah barat daya Pulau Pinang; Parit Buntar, Lumut dan Seri Iskandar, Perak serta Putrajaya.

“Kami di Baling terasa juga. Kerusi dan meja tempat kerja bergoyang. Pening sekejap rasa macam di awangan,” komen seorang pengguna media sosial, Shuhaila Ali.

“Magnitud tu dikira bagaimana ya? Beberapa kali rasa kesan gempa di Putrajaya. Rasanya yang terkini tadi agak kuat. Hampir seminit rasa gegaran,” tulis Amira Nadia pula.

Related Articles

Kebanyakan pengguna yang merasai gegaran itu turut memaklumkan sudah mengisi borang soal selidik yang dimuat naik Met Malaysia melalui hantaran tersebut.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

“Terima kasih Met Malaysia telah pasang amaran tsunami di Jeram, Kuala Selangor beberapa bulan lepas. Terasa gegaran di Pantai Remis yang jauh dari jalan raya,” kongsi Zailin Bersatu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button