BERITA SEMASA

KKDW bawa keutamaan desa ke Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan memastikan keperluan serta aspirasi masyarakat desa diberi perhatian dalam penyediaan Belanjawan 2027.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penglibatan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan setiap perancangan kerajaan mengambil kira keperluan sebenar rakyat, selain menghasilkan keputusan yang memberi manfaat kepada mereka.

Menurut beliau, perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuan antara pasukan KKDW dan pasukan Belanjawan 2027 yang diketuai Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, petang tadi.

Ahmad Zahid Hamidi dalam pertemuan antara pasukan KKDW dan pasukan Belanjawan 2027 yang diketuai Amir Hamzah Azizan, hari ini.

“Pertemuan ini memberikan ruang untuk kami menyatakan hasrat serta inisiatif utama yang mahu diberi keutamaan dalam meneruskan agenda pembangunan desa.

“Saya yakin melalui perbincangan dan penyelarasan yang baik, aspirasi serta keperluan masyarakat desa dapat terus diberikan perhatian dalam Belanjawan 2027 kali ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kerajaan akan terus mengangkat potensi kawasan desa serta memastikan peluang kemajuan dapat dirasai rakyat di seluruh pelosok negara.

Beliau berkata, pendekatan berkenaan penting bagi memastikan pembangunan desa terus bergerak seiring dengan agenda pembangunan negara dan memberi manfaat secara menyeluruh kepada masyarakat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button