FIM Siri Ke-11 perkukuh kesatuan umat Islam hadapi krisis geopolitik – Zahid
PUTRAJAYA – Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri Ke-11 yang berlangsung di sini malam tadi, menjadi platform penting untuk memperkukuh kefahaman serta menyatukan pendirian umat Islam dalam mendepani cabaran geopolitik global yang semakin kompleks.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, forum itu mengangkat tema “Muslim Unity in Times of Geopolitical Crisis”.
“Perbincangan malam tadi membuka perspektif lebih luas tentang bagaimana perkembangan geopolitik memberi kesan kepada kestabilan negara dan kehidupan rakyat.
“Dalam keadaan yang semakin tidak menentu, kita perlu lebih bersedia, membuat pertimbangan dengan bijaksana serta memperkukuh kesatuan, khususnya dalam kalangan umat Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Forum itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut menampilkan barisan panel terdiri daripada anak Presiden Turkey, Necmeddin Bilal Erdogan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan; Sharif Hasan Al-Banna serta Dr Khairudin Aljunied yang berkongsi pandangan daripada pelbagai perspektif.
Ahmad Zahid berkata, wacana seperti itu perlu diteruskan untuk memperkukuh kefahaman dan meningkatkan penyatuan.
“Semoga wacana seperti ini terus menjadi ruang untuk memperkukuh kefahaman dan menyatukan pendirian kita dalam mendepani cabaran global yang semakin kompleks,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








