‘Berikan yang terbaik demi lencana di dada’ – PM titip pesan kepada skuad Harimau Malaya
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan kata-kata semangat kepada skuad Harimau Malaya menjelang aksi penentuan tempat ketiga menentang Vietnam dalam saingan Piala ASEAN di Jakarta, Indonesia hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar menyeru semua pemain agar memberikan aksi terbaik dan berjuang bersungguh-sungguh demi negara.
“Selamat maju jaya buat skuad Harimau Malaya dalam perlawanan penentuan tempat ketiga menentang Vietnam.
“Berjuang dengan penuh semangat dan berikan yang terbaik demi lencana di dada. Rakyat Malaysia bersama kalian,” katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut berseloroh agar perlawanan itu tidak diheret ke masa tambahan untuk menentukan pemenang.
“Semoga perlawanan ini tidak perlukan bantuan masa tambahan yang terlalu panjang,” katanya.
Aksi menentang Vietnam di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta itu akan berlangsung pada pukul 5 petang (waktu tempatan) dan bakal menjadi peluang terakhir Harimau Malaya untuk menamatkan kempen Piala ASEAN dengan penamat positif selepas gagal melangkah ke final.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








