BERITA SEMASA

KPM nafi Irene Sofiya diheret dari surau

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, diheret dari surau sebelum ditemukan maut di sebuah dewan sekolah di Yong Peng, kelmarin.

Beliau berkata, dakwaan kononnya terdapat cermin pecah di surau yang dikaitkan dengan kejadian itu juga tidak benar.

Tegas beliau, orang ramai perlu berhati-hati sebelum menyebarkan maklumat yang belum disahkan, terutama ketika siasatan terhadap kejadian masih dijalankan.

“Jadi, ini semua tidak benar. Saya minta semua pihak berhati-hati sebelum berkongsi sesuatu.

“Kita sedang bercakap mengenai seorang anak yang sudah meninggal dunia, sebuah keluarga yang sedang berduka dan beberapa orang murid bawah umur yang sedang melalui proses siasatan.

“Jadi jangan kita menambah luka dengan spekulasi,” katanya pada sidang media di Parlimen seperti dilaporkan BH Online hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button