JENAYAH & MAHKAMAH

Seorang wanita didakwa membunuh seorang warga Indonesia

SEPANG – Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga Indonesia.

Tertuduh, Chin Siau Lan, 44, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani melalui jurubahasa.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh mangsa, Puteri, di di B-7-2A Block B The Olive Jalan Sunsuria 1 Bandar Sunsuria, Sepang dalam tempoh antara pukul 2.31 petang, 3 Jun lalu.

Kesalahan terbabit didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 21 Julai 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes untuk penyerahan laporan-laporan berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button