BERITA SEMASA

Parlimen rakam takziah buat Tun M atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah

KUALA LUMPUR – Parlimen Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas pemergian isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 28 September lalu.

Ucapan takziah itu dimaklumkan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ramli Mohd Nor pada pembukaan Mesyuarat Ketiga bagi Penggal Kelima Parlimen ke-15, hari ini.

tun hasmah
Pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meninggalkan legasi tersendiri untuk dicontohi golongan wanita sebagai isteri yang baik dan ibu anak bangsa.

“Saya bagi pihak Parlimen Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri dan Ketua Majlis serta keluarga atas pemergian isteri tercinta, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali,” katanya.

Dr Siti Hasmah meninggal dunia pada 28 September lalu sekitar pukul 9.20 pagi di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun.

Jenazah Allahyarhamah kemudian dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Pembesar Negara di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button