BERITA SEMASAPMX

PM umum tiada rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana tahun ini

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa beliau tidak akan menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri di Seri Perdana tahun ini.

Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini, Anwar berkata, beliau sebaliknya akan mengikuti majlis rumah terbuka di peringkat negeri.

“Sebaliknya, saya akan mengikuti dan menghadiri majlis di negeri-negeri yang dianjurkan oleh menteri-menteri,” katanya.

Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan, mengingatkan agensi kerajaan supaya lebih berhemat dan menganjurkan majlis Hari Raya yang sederhana.

“Sila jangan berlumba-lumba untuk menganjurkan majlis yang lebih besar dan mewah. Itu bukan duit anda pun,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button