JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki ditahan disyaki muat naik hantaran berunsur hasutan

CHUKAI – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang didakwa mempunyai unsur hasutan serta penghinaan terhadap institusi raja, kerajaan Malaysia dan agensi keselamatan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, suspek berusia 39 tahun itu ditahan di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu lalu.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan dua kad SIM yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan.

“Barang kes telah diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk analisis forensik digital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lelaki itu direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 15 Ogos lalu, media melaporkan polis sedang menyiasat pemilik akaun Facebook dikenali sebagai “Ahmad Mu’min” selepas dipercayai memuat naik hantaran yang mempunyai unsur hasutan dan penghinaan terhadap institusi raja, kerajaan serta agensi berkaitan.

Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti semua aspek berkaitan kes tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button