JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki berjalan tanpa pakaian di depan klinik ditahan polis

KLUANG – Seorang lelaki berusia lingkungan 50-an yang memiliki rekod jenayah lampau ditahan polis selepas video memaparkan dirinya berjalan tanpa pakaian di hadapan sebuah klinik kesihatan di Jalan Mengkibol tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kluang, Bahrin Mohd Noh berkata, suspek ditahan pada jam 4 petang semalam di kawasan Taman Sunrise Park menerusi operasi khas dikenali sebagai Op Cantas.

Menurutnya, penahanan dibuat susulan penyebaran video kejadian tersebut yang berlaku kira-kira jam 7 malam kelmarin.

“Siasatan awal mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau, namun ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati lelaki itu negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang berkaitan kesalahan kelucahan melampau di tempat awam.

Tambahnya, pihak polis akan memohon perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kluang bagi membantu siasatan lanjut.

Sebelum itu, tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang lelaki berjalan tanpa pakaian di hadapan sebuah klinik kesihatan sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan orang ramai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button