BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan warga emas disyaki terbabit kematian anjing liar

IPOH – Polis menahan seorang lelaki warga emas kerana disyaki terlibat dalam kematian seekor anjing liar di Pusing, dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, suspek berusia 64 tahun itu ditahan di Pusing pada pukul 11 malam tadi selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada pukul 9.30 pagi semalam.

Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 7.30 malam, 28 Januari lalu apabila penduduk setempat mendengar bunyi letupan kuat sebelum menemukan anjing berkenaan mati terbaring di atas jalan raya dengan mulut berlumuran darah.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu yang tular di media sosial serta meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button