Polis siasat resit pesanan hina Islam di tiga daerah
JOHOR BAHRU – Polis Johor membuka tiga kertas siasatan susulan penularan gambar resit pesanan makanan segera yang mengandungi perkataan menghina Islam di restoran makanan segera di Kluang, Batu Pahat dan Muar.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, resit bertarikh 19 dan 20 Disember itu dipercayai membabitkan individu yang sama walaupun lokasi kejadian melibatkan tiga daerah berbeza.
“Pihak kami telah menerima laporan berhubung insiden itu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan untuk menangkap suspek yang terlibat.
“Tiga kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Beliau turut memberi amaran keras kepada mana-mana pihak agar tidak memainkan isu sensitif yang melibatkan sentimen agama atau kaum, terutamanya di platform media sosial.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil mengikut peruntukan undang-undang terhadap individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” tambahnya.
Insiden itu menjadi perhatian apabila gambar resit bertarikh 19 Disember dari sebuah restoran makanan segera di Kluang tular di media sosial.
Ia dimuat naik oleh pengguna dan dikongsi meluas menimbulkan kemarahan masyarakat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







