JIM sedia bantu PDRM siasat kumpulan militan IS libatkan warga asing
PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyatakan komitmen penuh untuk bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan pendedahan berhubung kewujudan sel pengganas yang dikaitkan dengan kumpulan militan Islamic State (IS) dalam kalangan warga asing.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya memandang serius isu terbabit dan akan memberikan bantuan sepenuhnya kepada pihak polis dalam usaha menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya.
“Sebenarnya, perkara itu masih dalam tindakan pihak polis, jadi saya tidak mahu komen lebih lanjut buat masa ini.
“Namun begitu, kita memandang serius perkara itu dan Jabatan Imigresen akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan serta tindakan undang-undang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Menembak Ketua Pengarah Imigresen Bersama Rakan Media 2025 di Lapang Sasar Kelab Menembak Shapadu, hari ini.
Mengulas kenyataan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung dakwaan pegawai JIM tidak mematuhi prosedur kemasukan warga asing dari Afrika, beliau berkata siasatan sedang dijalankan.
“Kita akan siasat lanjut perkara itu. Sekiranya didapati ada pegawai yang terlibat dalam salah laku atau sindiket seperti ini, JIM tidak akan berkompromi.
“Kita akan ambil tindakan tegas dan sewajarnya,” tegasnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








