DALAM NEGERI

Lelaki ditahan disyaki bunuh ibu kandung

TAMBUNAN – Polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun selepas disyaki membunuh ibu kandungnya yang ditemukan maut dengan kesan kecederaan akibat senjata tajam di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan, di sini, petang semalam.

Mayat wanita berusia 56 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 2 petang sebelum polis melancarkan gerakan mengesan suspek.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Erwansyah Abdul Basir berkata, suspek kemudian dikesan dan ditahan penduduk di sebuah sulap di Kampung Sukung.

“Penduduk kampung membawa suspek menggunakan kenderaan mereka ke Balai Polis Tambunan sebelum tangkapan dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

“Pasukan penyiasat dan forensik turut menjalankan pemeriksaan di lokasi serta merampas beberapa barang kes yang dipercayai berkaitan kejadian,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif serta kronologi penuh kejadian,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button