Peluang menang tiket percuma MotoGP di Semenyih esok
SEMENYIH – Peminat sukan permotoran berpeluang memenangi tiket percuma MotoGP menerusi program Sembang Santai MotoGP bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di Fifty Seven Coffee, di sini, esok.
Program yang berlangsung bermula pukul 8 malam itu turut membuka peluang kepada orang ramai untuk beramah mesra dengan Ahmad Zahid dalam suasana santai.
Menurut penyelaras program, acara berkenaan menghimpunkan peminat MotoGP menerusi pengisian berkaitan sukan, hiburan dan kemasyarakatan.
Selain sesi sembang santai, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan Azlan & The Typewriter.
Acara itu juga menawarkan cabutan bertuah dengan tiket MotoGP percuma serta pelbagai hadiah menarik untuk pengunjung.
Dalam pada itu, program berkenaan turut menampilkan Sumbangan Kasih sebagai usaha membantu golongan yang memerlukan.
Orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan program berkenaan, selain merebut peluang memenangi tiket MotoGP percuma.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








