BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki mengaku tidak bersalah cederakan dua polis dengan kayu golf

BUTTERWORTH – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan mencederakan dua anggota polis menggunakan kayu golf dalam kejadian pada 31 Januari lalu.

Tertuduh, Zul Mazuwan Zulhilman Suresh Kumar, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal, memetik BH Online hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua lelaki berusia 26 dan 38 tahun yang juga anggota polis berpangkat lans koperal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Flat Taman Bagan, Seberang Perai Utara kira-kira jam 2 petang pada 31 Januari lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi manakala tertuduh diwakili peguam Y. Yogeswaran.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 27 Mac depan bagi serahan dokumen.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button