Pesawat tidak mempunyai perakam data penerbangan
SHAH ALAM – Pesawat Beechraft 390 (Premier 1) yang terhempas di di Persiaran Elmina di sini tidak mempunyai alat perakam data penerbangan sebaliknya hanya mempunyai perakam data suara kokpit.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain@Abd Rasid berkata, berbeza dengan pesawat komersial, pesawat kecil seperti Beechcraft tidak dilengkapi dengan berkenaan.
Sehubungan itu katanya, pencarian komponen kotak hitam itu dikira selesai selepas pihaknya menemui perakam data suara kokpit semalam.
“Pencarian kita boleh dikatakan 95 peratus selesai cuma tinggal last touch up tinggal untuk mencari sisa-sisa mayat.
“Hanya satu mayat ditemui dalam keadaan lengkap manakala sembilan lagi.Kita telah mengesan dan menjumpai 10 mayat kesemuanya dan cebisan atau anggota badan dalam 15,” katanya, dalam sidang media pagi ini di lokasi kejadian hari ini.
Semalam sebuah pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang membawa lapan penumpang termasuk dua kru terhempas di Perumahan Elmina 8 Central Park. Nahas turut mengorbankan seorang penunggang dan pemandu e-hailing.
Razaruddin berkata, setakat ini 22 anggota keluarga atau waris terdekat telah tampil untuk diambil sampel DNA bagi tujuan pengecaman dan pengesahan identiti mayat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebelum diserahkan kepada kepada keluarga untuk pengebumian.
Ditanya mengenai dakwaan bahawa mungkin ada penumpang dalam kenderaan yang terlibat, Razarudin berkata, semakan mendapati pemandu tersebut telah menurunkan penumpangnya lebih awal iaitu sekitar jam 2 petang.
Bagaimanapun, beliau turut tidak menolak sekiranya terdapat penumpang lain bersamanya selepas proses pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh ahli keluarga selesai dilakukan.
Sementara itu, beliau menjangkakan laluan utama di Persiaran Elmina yang ditutup bagi operasi, akan kembali dibuka kepada orang awam tengah hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






