Zahid seru perkukuh silaturahim sempena Aidilfitri
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam agar terus menyemai kasih sayang serta mempereratkan silaturahim sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Beliau berkata, Aidilfitri wajar dijadikan medan untuk saling bermaafan dengan hati yang tulus serta mengukuhkan hubungan sesama keluarga dan masyarakat.
“Masyarakat juga diingatkan supaya menghargai masa bersama keluarga serta insan tersayang dalam meraikan Syawal,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menurutnya, sambutan Aidilfitri kali ini diharapkan membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada seluruh umat Islam.
“Dalam kesempatan ini, saya bersama isteri dan seluruh keluarga, kakitangan di Pejabat Timbalan Perdana Menteri serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, juga seluruh ahli UMNO mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H kepada umat Islam walau di mana jua berada,” katanya lagi.
Beliau turut mengajak rakyat untuk terus mengekalkan nilai murni dan semangat kebersamaan dalam memastikan keharmonian negara terus terpelihara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








