
BERITA SEMASA
Gempa bumi lemah landa Tawau
PUTRAJAYA – Gempa bumi lemah telah berlaku di Tawau, Sabah pada jam 4.54 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dalam satu kenyataan, gempa bumi itu menyebabkan gegaran dirasai di sekitar Tawau.
“Koordinat gempa ialah 4.5° utara dan 118.1° timur dengan magnitud 2.7 pada jarak 17 kilometer (km) utara dari Tawau, Sabah oada kedalaman 10 km,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu Met Malaysia juga meminta penduduk yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu dapat mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/BuhTW8K4B8op9rRx6.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







