BERITA SEMASADALAM NEGERI

Satu lagi gempa bumi lemah landa Ranau

kUALA LUMPUR – Satu lagi gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter direkodkan berlaku di Ranau, Sabah, pada pukul 3.16 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gempa tersebut berpusat 11 kilometer ke barat dari Ranau dengan kedalaman empat kilometer.

“Gegaran dirasai di sekitar Ranau. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut catatan di Facebook rasmi jabatan itu.

Sehubungan itu, MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/1cWc2YD8DgWpbDJP7 bagi tujuan pengumpulan maklumat.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah mengesahkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut dan pemantauan sedang dijalankan.

“Setakat ini, tiada laporan kejadian tidak diingini atau kerosakan diterima,” katanya.

Sebelum itu, satu gempa bumi lemah dengan magnitud 3.1 direkodkan di Ranau pada pukul 10.01 pagi tadi.

Kejadian itu berlaku pada koordinat 6.0° utara dan 116.6° timur pada jarak 14 kilometer (km) barat dari Ranau dengan kedalaman 10 km.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button