BERITA SEMASA
Gempa bumi bermagnitud 6.4 gegar Kepulauan Vanuatu
KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi kuat berukuran magnitud 6.4 dilaporkan berlaku di Kepulauan Vanuatu pada pukul 10.27 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), gempa tersebut berlaku pada koordinat 15.0 darjah Selatan dan 166.6 darjah Timur dengan kedalaman 25 kilometer (km).
“Pusat gempa dikesan kira-kira 487 kilometer selatan dari Lata, Kepulauan Solomon,” katanya.
Bagaimanapun, MET Malaysia memaklumkan kejadian itu tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.
Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini melalui saluran rasmi MET Malaysia dari semasa ke semasa.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







