Gegaran dirasa di Pantai Barat Semenanjung susulan gempa di utara Sumatera
PUTRAJAYA – Beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dilaporkan mengalami gegaran petang tadi susulan gempa bumi sederhana yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, gempa bumi berukuran magnitud 5.9 itu berlaku pada pukul 4.57 petang dengan kedalaman 74 kilometer.
Pusat gempa dikesan pada koordinat 3.7 darjah utara dan 97.0 darjah timur, iaitu kira-kira 107 kilometer tenggara dari Meulaboh, Indonesia.
“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Namun, gegaran telah dirasai di kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung,” menurut kenyataan itu.
MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran tersebut untuk mengisi borang soal selidik yang boleh diakses melalui pautan: https://forms.gle/E9ursS9Cs5KoKPt47.
Jabatan itu menegaskan pemantauan rapi terhadap situasi semasa masih diteruskan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








