LUAR NEGARA
Gempa bumi 6.2 magnitud gegar Maluku Barat Daya, tiada ancaman tsunami
MALUKU – Gempa bumi bermagnitud 6.2 menggegarkan wilayah 166 kilometer timur laut Maluku Barat Daya, Indonesia, pada jam 6.56 petang waktu tempatan, hari ini.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), gempa itu berlaku pada jam 6.56 petang waktu Indonesia Barat dan berlaku pada kedalaman 143 kilometer.
BMKG memaklumkan gempa berkenaan tidak berpotensi mencetuskan tsunami.
Orang ramai bagaimanapun dinasihatkan supaya kekal tenang dan berwaspada terhadap kemungkinan berlaku gegaran susulan.
Setakat laporan itu diterbitkan, tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan bangunan akibat gempa berkenaan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








