BERITA SEMASA

Segamat sekali lagi dilanda gempa bumi

PUTRAJAYA – Daerah Segamat di Johor sekali lagi dilanda gempa bumi pada jam 7.56 malam tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi lemah dengan magnitud 2.5 berlaku di koordinat 2.6° utara dan 102.8° timur pada jarak 13 kilometer (km) utara.

“Gegaran dirasai di Johor. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.

“Mohon tuan/puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soalselidik di pautan ini https://forms.gle/2oEMtASN33W6TV9g7,” katanya.

Semalam, MetMalaysia mengesahkan gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud berlaku di Segamat pada pukul 8.59 pagi, dengan gegaran dilapor dirasai di beberapa kawasan di Johor dan selatan Pahang.

Ahad lalu, MetMalaysia mengesahkan dua kejadian gempa bumi lemah masing-masing berukuran magnitud 4.1 di Segamat pada 6.13 pagi dan 2.8 di Yong Peng, 28 kilometer barat laut Kluang pada 9 pagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button