Gempa magnitud 7.5 landa pesisir pantai timur laut Jepun
TOKYO – Satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 melanda kawasan luar pesisir pantai timur laut Jepun, hari ini.
Menurut Reuters yang memetik kenyataan Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gegaran itu berpusat di Lautan Pasifik pada kedalaman 10 kilometer.
Susulan gegaran berkenaan, pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran tsunami ke atas wilayah Iwate, Aomori dan Hokkaido.
Bercakap kepada pemberita, Perdana Menteri, Sanae Takaichi berkata, kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas kecemasan dan menggesa penduduk di kawasan terjejas supaya berpindah ke tempat selamat.
Stesen televisyen NHK turut menyiarkan visual kapal-kapal meninggalkan pelabuhan Hachinohe di Hokkaido sebagai persediaan menghadapi gelombang, sambil amaran “Tsunami! Berpindah segera!” dipaparkan di skrin.
Perkhidmatan kereta api laju di Aomori, di hujung utara pulau utama Honshu, dihentikan akibat gegaran tersebut, lapor Kyodo News.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








