BERITA SEMASA
Gempa bumi lemah gegar Parit Sulong
BATU PAHAT – Kawasan Sri Medan, Parit Sulong di sini, digegarkan dengan kejadian gempa bumi lemah petang tadi, menjadikannya insiden kelapan direkodkan sejak gegaran pertama dikesan di Segamat pada 24 Ogos lalu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, gempa tersebut berlaku kira-kira 10 kilometer dari barat daya Yong Peng.
Menurut MetMalaysia, pusat gempa berada pada koordinat 1.95 darjah Utara, 102.9 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.
Sebelum ini, gempa pertama direkodkan dengan kekuatan 4.1 magnitud, diikuti 3.2 magnitud pada 27 Ogos; 2.5 magnitud (28 Ogos); 3.4 magnitud (29 Ogos); 2.7 magnitud (30 Ogos) dan 2.9 magnitud pada 31 Ogos lalu.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







