7 negeri diramal alami ribut petir, hujan lebat hingga 12 tengah hari – MetMalaysia
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tujuh negeri sehingga jam 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan jam 9 pagi memaklumkan, keadaan cuaca itu dijangka melanda seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Labuan.
Turut terjejas ialah beberapa kawasan di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar.
Di Pahang, amaran dikeluarkan bagi daerah Rompin, manakala di Johor melibatkan Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu di Sabah, cuaca sama dijangka berlaku di kawasan Pedalaman (Kuala Penyu) dan Tawau.
MetMalaysia berkata, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan hujan lebat melebihi 20 milimeter sejam (mm/j) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh sejam.
“Amaran ini adalah amaran jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” katanya dalam satu kenyataab hari ini.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang serta gangguan aktiviti luar susulan keadaan cuaca buruk tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















