Tiga kilang di Kulim musnah terbakar
KULIM – Tiga buah kilang di Jalan Makmur 7, Lunas di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.57 pagi sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim serta BBP Kulim Hi-Tech ke lokasi.
Menurutnya, kebakaran membabitkan tiga kilang Kelas A dengan anggaran kemusnahan masing-masing sebanyak 50 peratus, 90 peratus dan 50 peratus.
“Operasi pemadaman masih dijalankan menggunakan empat aliran air dengan bantuan anggota dari balai bomba berhampiran di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian berkenaan.
Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















