BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lima kilang musnah dalam kebakaran besar di Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Dua kilang penyimpanan minyak hitam terpakai dan pemprosesan sabun musnah sepenuhnya dalam kebakaran besar di Kawasan Perindustrian Kota Puteri, dekat Taman Megah Ria, di sini tengah hari tadi.

Dalam insiden kira-kira pukul 12.54 tengah hari itu, kebakaran melibatkan keluasan hampir 1,000 meter persegi itu melibatkan dua kilang berkenaan, kawasan parkir lori dan 15 kenderaan, lima lori tangki, lima motosikal dan tiga kenderaan persendirian.

Menurut Timbalan Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penguasa Kanan Bomba II Rosfarawadi Ismani Ismail, pihaknya menggerakkan 34 anggota dengan sembilan jentera dari lima balai bomba ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati premis yang terbakar adalah kilang menyimpan minyak enjin terpakai, kilang memproses sabun serta stor parkir lori. Sebuah lagi premis cucian kenderaan turut terjejas.

“Ketika kejadian, beberapa pemandu lori sempat menyelamatkan diri dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula dari premis kitar semula dan stor minyak enjin namun punca sebenar masih dalam siasatan lanjut.

“Operasi pemadaman masih dijalankan bagi memastikan api benar-benar padam dan tiada risiko kebakaran berulang,” ujarnya.

Sebagai langkah keselamatan, arahan pemindahan sementara turut dikeluarkan kepada penduduk berhampiran dan mereka hanya dibenarkan pulang selepas keadaan disahkan selamat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button