BERITA SEMASA

Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen berkuat kuasa pukul 5 petang, hari ini.

Beliau dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Speaker Dewan Negara, 5 Ogos lalu.

 

“Pada 5 Ogos, saya telah bertemu dengan Speaker dan menyerahkan surat peletakan jawatan saya sebagai Ahli Parlimen.

“Bagaimanapun, kami telah mencapai persetujuan bersama untuk tidak mendedahkan sebarang butiran sehingga 10 Ogos, pukul 5 petang,” katanya dalam hantaran tersebut.

Wong Chen turut memaparkan surat peletakan jawatan itu dalam hantaran sama.

Beliau menjelaskan, jarak masa itu dipersetujui terlebih dahulu antara mereka “bagi memberi tempoh tiga hari bekerja kepada pegawai Parlimen untuk membuat persiapan bagi kekosongan kerusi Parlimen Subang”.

Menurutnya, gelaran ‘Yang Berhormat’ pada semua papan iklan, papan tanda dan surat-menyurat akan digugurkan menjelang bulan depan.

“Saya akan mengadakan satu sidang media pada hari Rabu, pukul 11.00 pagi,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button